Polis buru ‘Mejoh’, dalang penculikan dua lelaki angkara hutang

POLIS Kelantan sedang memburu suspek lelaki yang dipercayai mendalangi kes penculikan dua lelaki di Tumpat sebelum mangsa ditemukan di Thailand pada 6 Jun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Mejoh kini dipercayai bersembunyi di Thailand.

“Kita masih memburu Mejoh yang dipercayai berada di Thailand. Kita mendapat maklumat suspek mempunyai isteri di Thailand.

“Kita juga sudah mendapatkan bantuan daripada polis Thailand bagi mengesan suspek utama itu,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, akibat saudara tidak membayar hutang berjumlah RM33,000 dipercayai kes dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin, dua lelaki diculik di Tumpat dan Pasir Mas pada 6 Jun sebelum ditemukan di Mundok, Thailand dua hari selepas kejadian.

Kedua-dua mangsa berusia 51 dan 35 tahun ditemukan polis Thailand sebelum dibawa pulang.

Dua mangsa termasuk lelaki berusia 51 tahun mempunyai 24 rekod jenayah itu diculik kononnya untuk dijadikan ‘cagaran’ kepada peminjam sebenar iaitu saudara mereka.

Susulan kejadian itu, polis memburu dua suspek utama iaitu Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar, 32 dan Hamzah Muhamad, 40, sebelum seorang daripada mereka ditahan di Terengganu pada 21 Jun lalu.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img