Anak Tun Daim hadir ke SPRM beri keterangan

ANAK kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, iaitu Asnida Abdul Daim, hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.50 pagi tadi bagi memberi keterangan.

Kehadiran beliau adalah susulan siasatan berhubung ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan perisytiharan aset.

Asnida dilihat tiba menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) bersama dua peguam.

Difahamkan, kehadirannya merupakan sebahagian daripada proses siasatan melibatkan empat anak Allahyarham Tun Daim yang dijadualkan hadir bermula jam 9.30 pagi hari ini.

Tiga lagi individu terbabit ialah Md Wira Dani Daim Zainuddin, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan telah mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap kesemua mereka pada 28 Februari lalu susulan kegagalan memberi maklum balas serta ketidakpatuhan terhadap notis berkaitan perisytiharan aset.

Siasatan dijalankan menerusi Op Godfather di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, sebelum ini memaklumkan siasatan turut melibatkan pengesanan aset di beberapa negara yang dipercayai bernilai berbilion ringgit.

Menurutnya, siasatan dikendalikan Bahagian Operasi Khas SPRM dengan kerjasama pihak berkuasa luar melalui mekanisme Mutual Legal Assistance (MLA) bagi memastikan semua tindakan mematuhi perundangan antarabangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img