Polis tahan 2 remaja disyaki pecah cermin kenderaan

POLIS menahan dua remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kes khianat memecahkan cermin tiga buah kenderaan di Taman Sri Temenggor, Gerik petang semalam.

Tangkapan susulan polis menerima lapan laporan membabitkan kes khianat pecah cermin kenderaan di Taman Sri Temenggor, Taman Meha dan Taman Gerik kira-kira jam 2.38 petang semalam.

SALAH sebuah kenderaan yang menjadi mangsa kes khianat apabila cermin dipecahkan di Gerik semalam. Dua remaja lelaki ditahan awal pagi ini. GAMBAR: Facebook pembaca

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, hasil tindakan pantas dalam tempoh kurang 24 jam, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berjaya menahan dua suspek berusia 13 dan 14 tahun awal pagi tadi.

“Dalam kejadian itu, lapan kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan dengan anggaran kerugian RM10,000. Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan batu dan bata untuk melakukan perbuatan khianat itu.

“Hasil soal siasat awal mendapati mereka mengaku terbabit bersama dua lagi rakan yang masih bebas. Beberapa barang kes termasuk motosikal, topi keledar dan pakaian yang dipakai semasa kejadian turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Samad, kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video pendek dalam Facebook yang memaparkan dua penunggang motosikal termasuk dua pembonceng yang sedang bergerak, dengan seorang daripadanya melontarkan objek ke arah sebuah kereta.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img