Polis tahan dua remaja lelaki rogol gadis 15 tahun

POLIS menahan dua remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan di Jerteh, Besut semalam.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, penahanan itu susulan laporan diterima berhubung kejadian menimpa mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 15 tahun.

​Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 petang semalam di sebuah rumah di Jerteh.

​”Remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis dan kemudian dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

​”Susulan laporan itu, pihak polis telah menahan dua suspek lelaki berumur 16 tahun bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime dalam pada itu berkata, pihaknya memandang serius setiap kesalahan jenayah seksual khususnya yang melibatkan golongan remaja.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan golongan remaja supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri, menjaga batas pergaulan serta mengelakkan sebarang situasi yang boleh mendedahkan diri kepada risiko jenayah.

​”Ibu bapa dan penjaga pula diseru agar sentiasa memberikan perhatian, memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak, di samping memberikan bimbingan dan sokongan berterusan demi keselamatan mereka.

​”Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan serta sensitiviti keluarga terlibat,” tegasnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img