Tan Lek Khang dipercayai tertembak ketika mengosongkan peluru dalam senjata api

BEKAS Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini dilaporkan menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail (HIS) Johor Bahru.

Bekas Setiausaha Bersekutu Bersatu Johor, Yeo Kwee Kwang berkata, Lek Khang yang dikejarkan ke HSI sejurus kejadian itu tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

“Beliau dibawa dengan ambulans ke HSI dan sebaik tiba beliau terus dirawat di bahagian kecemasan dan kini menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui media di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSI malam ini.

Lek Khang, 41, sebelum ini dilaporkan cedera akibat tertembak diri sendiri ketika sesi latihan di sebuah pusat latihan menembak di Kota Tinggi.

Ahli keluarga termasuk isterinya, Datin Tan Nie Nie dan rakan-rakan politiknya dilihat turut berada di hospital sejak jam 6 petang untuk menunggu perkembangan terkini.

Kwee Kwang berkata, ketika kejadian Lek Khang bersama individu yang bukan dari kalangan mereka, menyebabkan maklumat lengkap mengenai kejadian belum diterima.

Bagaimanapun katanya, maklumat awal kejadian berlaku ketika Lek Khang yang mempunyai lesen senjata api sedang mengosongkan peluru dalam senjata api.

“Ada rakan beritahu mungkin masa latihan itu, ada peluru tertinggal dalam senjata api dan beliau tidak perasan lalu tertembak menyebabkan cedera di bahagian sini (menunjukkan kawasan dada dan bawah ketiak),” katanya.

Kwee Kwang turut memohon semua pihak mendoakan pembedahan Lek Khang berjalan lancar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img