RCI Tabung Haji: Bekas menteri dijangka didakwa esok

PENDAKWAAN baharu susulan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) antara beberapa kes berprofil tinggi yang akan menjadi tumpuan prosiding mahkamah sepanjang minggu ini.

Antaranya, seorang bekas menteri dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan RCI TH itu.

Individu terbabit dijangka berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Setakat Khamis lalu, empat individu sudah didakwa di mahkamah manakala beberapa lagi termasuk bekas pengurusan kanan TH dan seorang bekas menteri ditahan serta direman bagi membantu siasatan.

Mereka yang sudah didakwa ialah bekas Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 September lalu, atas tuduhan guna kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here