Isu baja: SPRM reman pengarah urusan syarikat pembekal

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 September depan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM sebelum ini membuka kertas siasatan berhubung kelewatan pembekalan Baja Padi 3 kepada pesawah di Kedah susulan aduan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos lalu.

Siasatan turut merangkumi aspek kelemahan tatakelola yang mungkin menyebabkan berlaku kelewatan pembekalan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here