Ritual di tempat awam: MBMB arah aktiviti dihentikan serta-merta

MAJLIS Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan ritual kematian di kawasan pesisir pantai Taman Residence 8, Padang Temu dekat Banda Hilir dihentikan serta-merta selepas aktiviti itu didapati dijalankan di lokasi yang tidak dibenarkan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada ketua sami yang dipercayai mengendalikan ritual berkenaan, selain menasihati penganjur supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Notis telah diserahkan kepada ketua sami yang mengendalikan upacara tersebut kerana kawasan itu bukan lokasi yang diwartakan atau dibenarkan untuk aktiviti berkenaan.

“Mereka juga telah dinasihatkan supaya tidak menggunakan lokasi itu lagi bagi tujuan ritual keagamaan,” katanya.

Beliau berkata, semasa operasi itu, MBMB turut mengarahkan kawasan berkenaan dibersihkan serta-merta dan semua barangan yang digunakan dalam ritual tersebut dialihkan.

“Pemeriksaan mendapati tiada abu mayat dibuang ke kawasan pantai seperti yang dibimbangi segelintir pihak. Apa yang ada hanyalah beberapa bahan berkaitan upacara seperti beras, bunga-bungaan dan belanga yang digunakan dalam ritual tersebut.

“Semua bahan berkenaan telah dibersihkan dan dibawa keluar dari lokasi,” katanya.

Semalam, tular dalam media sosial aduan penduduk berhubung aktiviti berkenaan sehingga mendorong pihak berkuasa menjalankan pemantauan di lokasi terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img