Rumah kosong musnah dalam kebakaran di Taman Ayer Panas

SEBUAH rumah kosong musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Tiara Titiwangsa 12, Taman Ayer Panas, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 9.35 pagi.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Rozihafizam Othman berkata, susulan panggilan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta 12 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kosong.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada pam jentera bagi mengawal kebakaran.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.54 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rumah berkenaan mengalami kemusnahan 100 peratus akibat kebakaran.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here