Seorang warga asing maut, 11 selamat dalam kebakaran rumah kedai

SEORANG lelaki warga asing ditemukan maut manakala 11 lagi berjaya diselamatkan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.13 pagi.

Menurutnya, sebanyak 45 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Titiwangsa, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba 1 Azrul Khairi Abu Bakar memberitahu,  sebaik sahaja tiba di lokasi pada jam 2.25 pagi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 12 mangsa warga asing terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita.

“Bagaimanapun, salah seorang lelaki yang diselamatkan itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, empat lelaki dewasa berjaya diselamatkan di tingkat dua manakala dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bahagian bumbung bangunan dibawa turun menggunakan tangga bomba.

“Kebakaran melibatkan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan yang terbakar kira-kira 50 peratus,” katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img