Suspek utama kes pembunuhan Suri Narudin didakwa esok

SUSPEK utama kes pembunuhan seorang wanita, Suri Narudin yang mayatnya ditemukan dalam beg di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Negeri Sembilan pada 18 Disember lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 51 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian mangsa.

“Seorang lagi individu iaitu lelaki berusia 41 tahun yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Alzafny semalam mengesahkan mayat dalam beg yang ditanam di belakang rumah tersebut dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lalu.

Susulan penemuan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri Narudin, 53, berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img