Tak perlu PRU lebih awal – Fahmi

TIADA  keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal daripada tempoh penggal pentadbiran semasa yang dijadual berakhir pada hujung tahun depan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keutamaan Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah menjaga kebajikan rakyat dan memacu ekonomi negara.

Menurut beliau, semua parti komponen Kerajaan Perpaduan komited terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PRU boleh diadakan selewat-lewatnya hujung tahun depan dan kita dah dengar komitmen daripada rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan bahawa mereka akan kekal menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal.

“Tapi kita lihat komitmen rakan-rakan sama ada dalam Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perpaduan umumnya adalah untuk meneruskan usaha memperbaiki keadaan,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img