Terengganu negeri paling bahagia di Malaysia, umum DOSM

TERENGGANU muncul sebagai negeri paling bahagia di Malaysia dengan skor 8.64 menurut Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) 2024, yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Negeri lain yang turut tersenarai sebagai sangat bahagia ialah Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01), manakala negeri dengan skor paling rendah adalah Selangor (7.21), Pulau Pinang (7.19) dan Labuan (7.0).

Memetik laporan dagangnews.com, analisis peringkat daerah pula menunjukkan 36 daerah dikategorikan sebagai sangat bahagia termasuk Kluang (9.83), Raub (9.52) dan Mersing (9.50).

Daerah yang mencatat skor terendah dalam kategori sangat bahagia pula ialah Kuala Nerus (9.03), Kunak (8.97) dan Kemaman (8.79).

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia berada dalam kategori bahagia dengan purata skor 7.60 daripada 10 mata.

Buat julung kalinya, laporan MHI itu diterbitkan secara terperinci di peringkat negeri dan daerah pentadbiran, membolehkan analisis lebih menyeluruh dan berfokus untuk dasar pembangunan inklusif.

Laporan MHI 2024 juga mendedahkan wanita muda di seluruh negara mencatat tahap kebahagiaan lebih tinggi berbanding lelaki, dengan skor 7.62 berbanding lelaki 7.57.

Golongan remaja berumur 15 hingga 19 tahun muncul sebagai kumpulan paling bahagia, menunjukkan tahap kesejahteraan tinggi di kalangan generasi muda.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img