UMNO Negeri Sembilan lebih rela jadi pembangkang- Jalaluddin

UMNO Negeri Sembilan rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan susulan krisis adat dan perlembagaan di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini kerana pihaknya tidak mahu melihat sahaja kesilapan yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurutnya, berkenaan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti, UMNO Negeri Sembilan berharap agar kepimpinan pusat benar-benar mendengar pandangan akar umbi.

“Matlamat utama yang harus difikirkan adalah UMNO memenangi sebanyak mungkin kerusi dan kembali menjadi dominan.

“Jangan gadaikan masa depan UMNO hanya kerana menjaga hati mana-mana pihak,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap krisis yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang ketua, beliau bertanggungjawab membawa anak buahnya di landasan perjuangan yang sebenar.

“Selagi mana Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui UMNO Negeri Sembilan, saya akan lakukan yang terbaik.

“Kekuatan UMNO Negeri Sembilan berpunca daripada solidariti yang kuat dalam kalangan pimpinan, terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada.

“Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang tetap setia dan bersama-sama saya dalam memacu UMNO Negeri Sembilan ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img