Wanita maut dalam nahas Axia bertembung lori

SEORANG wanita berusia 34 tahun maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan sabut kelapa di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan penumpang hadapan dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Chiku 5.

“Setibanya di lokasi kejadian, Perodua Axia dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta dipandu mangsa berpusing sebelum terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang bagi menjalani proses bedah siasat.

Sementara itu, penumpang wanita berusia 47 tahun yang berada di bahagian hadapan kereta berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Chiku 3 untuk mendapatkan rawatan awal.

Menurut Choon Foo, pemandu lori berusia 48 tahun terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-912 1222.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here