Warga Myanmar didakwa tikam rakan senegara 29 kali

TUKANG masak warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Maung Thuka Nyita, 21, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Farez Rahman memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Zar Bi Myat Khaing, 26, di dalam bilik tingkat satu, Jalan Besar Bukit Pelandok, antara 9 malam 8 Februari hingga 9 pagi 9 Februari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali tidak menawarkan sebarang jaminan lebih-lebih lagi tertuduh adalah warga asing.

Mahkamah kemudiannya bersetuju tidak menawarkan sebarang jaminan serta menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi khidmat jurubahasa Myanmar dan laporan kimia.

Pada 11 Februari lalu dilaporkan, seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditemukan dengan 29 tikaman di bahagian leher dipercayai dibunuh rakannya dalam sebuah bilik rumah kedai berhampiran Jalan Besar Bukit Pelandok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img