Pantau awal, cegah sebelum terjerat dadah

ORANG ramai diingatkan supaya lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan tubuh, malah menghancurkan masa depan, institusi keluarga serta maruah diri.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam kenyataan memaklumkan, perubahan fizikal, emosi tidak stabil, kecenderungan menyendiri dan masalah tidur adalah antara petunjuk awal yang tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, tanda-tanda tersebut merupakan isyarat bahaya yang memerlukan perhatian serta tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Sebagai masyarakat, jangan tunggu keadaan menjadi parah. Ambil tindakan awal, ambil peduli. Tegur dengan hikmah, bukan menghukum.

“Pantau perubahan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan. Dapatkan bantuan daripada pihak berkuasa atau agensi berkaitan.

“Pencegahan bermula dengan kesedaran. Satu tindakan hari ini mampu menyelamatkan satu kehidupan esok,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah boleh menyalurkannya kepada pihak berkuasa melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img