Polis sahkan terdapat 61 kesan tikaman pada mayat wanita ditemukan di Ketereh

POLIS Kelantan mengesahkan mayat wanita yang ditemukan di atas jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh tengah malam tadi merupakan mangsa pembunuhan kejam apabila terdapat sejumlah 61 kesan tikaman pada hampir keseluruhan tubuhnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya sudah dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di tempat mayatnya ditemukan.

“Pemeriksaan awal Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan sejumlah 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari muka hingga ke kaki, dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata, hasil pemerhatian di lokasi turut menemukan beberapa barangan milik mangsa termasuk rantai leher dengan ukiran nama ‘SYAA’, rantai tangan di pergelangan tangan kiri, sebentuk cincin, manik berwarna-warni, cermin mata serta selendang.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat mangsa.

Katanya lagi, polis turut menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan pencarian di sekitar radius 30 meter kawasan kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan, tambah beliau.

Media pagi ini melaporkan, seorang wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman hampir keseluruhan anggota, di atas jalan di Kampung Kubang Kiat, Ketereh tengah malam tadi.

Mayat wanita berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman di perut, belakang badan dan muka.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img