Kes gadis ditikam 61 kali: Suspek utama akan didakwa Khamis ini

SUSPEK utama dalam kes pembunuhan seorang penuntut kolej yang ditemui maut dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Jumaat lalu dijangka akan dituduh di mahkamah pada Khamis ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini siasatan kes berkenaan telah mencapai kira-kira 70 peratus dan kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Kita dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan sebaik sahaja siap, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

“Hanya seorang suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dijangka pada Khamis ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, seorang lagi individu yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu, mayat mangsa ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh dalam keadaan mengerikan dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badan.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu dan bapa kepada salah seorang suspek bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, kedua-dua warga emas terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal mendapati mereka tidak terlibat secara langsung dalam kejadian tersebut.

Polis kini memberi tumpuan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum pertuduhan difailkan di mahkamah dalam masa terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img