MBAS arah tutup sementara kilang simen konkrit susulan aduan pencemaran

SEBUAH premis operasi kilang simen konkrit di Hutan Kampung diarahkan tutup sementara oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) susulan aduan penduduk berhubung pencemaran habuk, bunyi bising dan ancaman keselamatan di kawasan berkenaan.

MBAS dalam kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan petang semalam selepas menerima pelbagai aduan daripada penduduk setempat berkaitan gangguan yang didakwa berpunca daripada operasi kilang terbabit.

Menurut kenyataan itu, antara isu dibangkitkan termasuk pencemaran habuk, bunyi bising, getaran selain risiko keselamatan akibat kekerapan pergerakan kenderaan berat di kawasan berkenaan.

“Tindakan penutupan premis tersebut dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 101(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Langkah ini diambil bagi memastikan kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan komuniti penduduk sekitar terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

MBAS berkata, pihaknya memandang serius setiap aduan awam yang diterima dan komited memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat serta undang-undang ditetapkan.

Katanya, orang ramai juga digalakkan terus menyalurkan sebarang aduan berkaitan isu kacau ganggu, pencemaran atau keselamatan kepada pihak majlis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Kerjasama warga bandar raya amat dihargai demi mengekalkan keharmonian dan kelestarian Bandaraya Alor Setar,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img