Reman atuk disyaki rogol cucu 13 tahun dilanjut empat hari lagi

TEMPOH reman seorang pesara warga emas yang disyaki merogol cucu perempuannya berusia 13 tahun disambung empat hari lagi bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 67 tahun itu dibenarkan Mahkamah Majistret Batu Pahat bermula esok hingga Jumaat ini selepas tempoh reman terdahulu berakhir hari ini.

Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan permohonan reman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Rabu lalu, mahkamah sebelum ini membenarkan suspek direman selama enam hari selepas ditahan susulan pendedahan dibuat mangsa yang mendakwa dirogol dengan kejadian terakhir dipercayai berlaku pada Disember tahun lalu.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa memeriksa mesej yang dihantar anaknya kepada teman lelaki sebelum bertanyakan hubungan mereka.

Bagaimanapun, wanita terbabit terkejut apabila anaknya mendedahkan pernah menjadi mangsa rogol datuk sendiri sepanjang tinggal bersama suspek di sebuah rumah dalam daerah ini.

Siasatan polis mendapati mangsa tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai. Namun pada April lalu, ibu mangsa membawanya pulang ke kampung halaman di sebuah negeri di utara tanah air.

Susulan laporan polis dibuat, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, tular satu rakaman video memaparkan pengakuan dipercayai dibuat suspek pada hari sama dia direman. Video itu dipercayai dirakam oleh ibu mangsa selepas kejadian terbongkar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img