Mayat wanita dalam beg pakaian: Pemilik rumah dakwa kediaman disewa kepada pasangan suami isteri

PEMILIK rumah sewa lokasi penemuan mayat seorang wanita dalam beg pakaian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang mendakwa pasangan warga asing dipercayai dari Nepal itu mengaku sebagai suami isteri ketika mahu menyewa kediamannya.

Menurutnya yang enggan dikenali, ketika mahu menyewa rumah, pasangan itu mengaku sebagai suami isteri namun dia tidak dapat berbual lanjut kerana masalah bahasa.

“Lelaki itu bertatu dan berambut perang. Bulan lalu saya menghubunginya untuk mengutip sewa, namun dia mendakwa sakit dan meminta tempoh lanjutan sehingga sekitar 20 hari bulan.

“Selepas itu dia sekali lagi meminta lanjutan sehingga 8 Jun, namun sehingga kini saya masih belum menerima bayaran sewa.

“Selepas penemuan mayat wanita itu, saya cuba menghubungi lelaki itu semula semalam, tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini, lapor Harian Metro.

Media hari ini melaporkan, mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg pakaian di ruang tamu sebuah rumah di Taman Impian Indah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.37 malam.

Menurut beliau, sebaik sahaja menerima laporan, sepasukan polis bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Naazron berkata, hasil pemeriksaan terdapat satu mayat perempuan ditemukan di dalam sebuah bagasi yang berada di ruang tamu rumah berkenaan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Misteri bau busuk dari sebuah unit di tingkat tiga pangsapuri itu terbongkar selepas mayat seorang wanita ditemukan di dalam beg pakaian.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img