Penunggang motosikal maut rempuh kereta buat pusingan U tiba-tiba

SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai membuat pusingan U secara mengejut di Jalan Kampung Bunohan, Tumpat petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Nazreen, 29, menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Chabang Empat menuju ke Kampung Banggol Beta melalui Jalan Tumpat-Pasir Mas.

ALLAHYARHAM Mohamad Nazreen. GAMBAR: Facebook keluarga

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira yang berada di hadapan mangsa dipercayai membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian sisi kanan kereta berkenaan.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak terus melanggar bahagian sisi kanan kereta itu. Berikutan rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira yang terlibat kemalangan itu dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ibrahim Usman di talian 09-725 7222,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img