Op PeWA: JPJ Selangor sita 34 kenderaan warga asing

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebanyak 34 kenderaan termasuk motosikal roda tiga digunakan etnik Rohingya, warga Bangladesh dan India untuk mengutip besi buruk serta barangan lusuh dalam Op Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Selayang hari ini.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Kamarunzaman Menhat berkata, dalam operasi itu, sebanyak 126 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula 6.30 pagi dan berakhir 2 petang.

“Sepanjang operasi ini, JPJ Selangor memerika sebanyak 126 kenderaan dan daripada jumlah itu, sejumlah 11 motosikal roda tiga, 12 motosikal, enam kenderaan persendirian, lima lori telah dikenakan tindakan.

“Operasi melibatkan 55 pegawai JPJ Selangor bersama 25 pegawai daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai usaha berterusan untuk mengukuhkan penguatkuasaan terhadap pemandu warga asing,” katanya dalam sidang media di lokasi operasi hari ini.

Ahmad Kamarunzaman berkata, JPJ Selangor tidak mengeluarkan kompaun terhadap pemilik kenderaan yang disita sebaliknya individu berkenaan bersama pemandu warga asing terbabit akan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, semua kenderaan disita hari ini di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 tidak akan diserahkan kepada pemilik selepas prosiding mahkamah selesai dan individu berkenaan dikenakan tindakan.

“Warga asing yang ditahan didapati menyewa kenderaan daripada pemilik warga tempatan dengan bayaran hingga RM100 sehari. Ada pelbagai cara warga asing (mendapatkan kenderaan) antaranya dia menyewa daripada pemilik tempatan dan digunakan kenderaan ini untuk buat perniagaan seperti menjual roti atau mengutip besi-besi buruk.

“Kenderaan yang ditahan hari ini ada yang pemiliknya orang tempatan dan digunakan warga asing. Jadi kita tidak akan bagi kompaun, sebaliknya mereka perlu bayar denda di mahkamah, dua-dua akan kena tindakan iaitu penunggang dan pemilik,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img