JPN Selangor laksana khidmat sokongan psikososial kes guru meninggal dunia

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Selangor melaksanakan khidmat sokongan psikososial kepada warga sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor susulan kejadian seorang gurunya ditemukan meninggal dunia, semalam.

JPN Selangor dalam satu kenyataan berkata, kerjasama penuh turut diberikan terhadap siasatan dikendalikan pihak polis.

Pada masa sama, pihaknya memberi jaminan tumpuan utama ketika ini untuk memastikan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa.

“Masyarakat diseru menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang turut boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.

“Kami berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga guru terbabit. Semoga diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang guru sebuah sekolah ditemukan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada jam 7.15 pagi.

Beliau berkata, kejadian membabitkan seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img