Sindiket simpan arak seludup di parkir lori tumpas

TAKTIK sindiket menjadikan sebuah kawasan parkir lori di Telok Panglima Garang sebagai lokasi penyimpanan dan pengangkutan arak seludup sejak kira-kira setahun lalu terbongkar apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga lokasi berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan minuman keras yang disimpan di kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lima buah lori diparkir di lokasi berkenaan.

“Bagaimanapun, hanya dua daripada lori itu didapati membawa pelbagai jenis minuman keras yang disyaki tidak bercukai di ruang kargo belakang.

“Nilai keseluruhan rampasan membabitkan minuman keras serta dua buah lori dianggarkan berjumlah RM316,205,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kawasan parkir berkenaan dipercayai dijadikan pangkalan operasi sindiket untuk menyimpan dan mengangkut arak seludup sejak kira-kira setahun lalu.

Katanya, suspek bersama semua barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Akta Kerajaan Tempatan 1976.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img