Permohonan sebelum 16 September dikembalikan, perlu mohon semula di bawah syarat baharu

PERMOHONAN pemindahan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang masih belum selesai diproses setakat 15 September lalu dikembalikan kepada pemohon untuk tindakan lanjut.

Kementerian Kewangan (MoF) mengesahkan bahawa pemohon terbabit perlu mengemukakan permohonan baharu di bawah syarat penambahbaikan terkini yang membenarkan pemindahan kepada pengguna sebenar bukan ahli keluarga.

DATUK Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan penambahbaikan pelaksanaan BUDI Diesel pada majlis Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching pada 16 September lalu. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Manakala bagi pemindahan yang telah diluluskan sebelum 16 September, statusnya adalah kekal muktamad.

Setiap kenderaan hanya membenarkan pemindahan sekali sahaja dan kelayakan yang diluluskan tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik atau individu lain.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here