PRN Melaka: Pembahagian kerusi PH selesai, akan dimuktamadkan Majlis Presiden

PAKATAN Harapan (PH) Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara parti komponennya di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, susunan akhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan. Pembahagian itu sudah ada dalam perhatian Pengarah Pilihan Raya (Amirudin) sebelum kita bawa ke peringkat tertinggi gabungan untuk dimuktamadkan.

“Setakat ini, pembahagian kerusi dalam konteks PH adalah kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri seperti parti Amanah diperuntukkan lapan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana PH di Bukit Baru, Melaka malam tadi, lapor Bernama.

Yang turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Adly berkata, keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas laporan pembahagian kerusi selesai.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here