Dua pelajar perempuan maut, rakan parah kemalangan ketika ke sekolah

PERJALANAN tiga pelajar perempuan menuju ke sekolah berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Taman Perpaduan Ria di Tambun, Ipoh pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.22 pagi itu, dua pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha EZ115 dan kereta Proton Saga.

“Maklumat awal mendapati motosikal berkenaan dinaiki tiga pelajar perempuan yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke sekolah.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, mangsa yang cedera, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, menerima rawatan awal daripada anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, mangsa dipasangkan cervical collar sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Operasi membabitkan tiga anggota bersama sebuah jentera EMRS itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.33 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here