Anak pinjam ahlong meninggal dunia, rumah keluarga jadi mangsa simbah cat

GARA-gara berhutang dengan sindiket peminjam wang tanpa lesen atau ahlong, seorang warga emas hidup dalam ketakutan apabila rumahnya disimbah cat di Kampung Baru Sungai Buloh minggu lalu.

Tindakan ganas ahlong itu berlaku walaupun peminjam terbabit sudah meninggal dunia dan warga emas berkenaan  terpaksa menanggung akibat hutang yang ditinggalkan mendiang anaknya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mendiang pada 6 Ogos lalu, sehari selepas kejadian yang berlaku jam 7.50 pagi itu.

“​Hasil siasatan awal mendapati pintu gulung premis perniagaan milik mangsa disimbah cat berwarna kuning serta ditampal notis berkaitan dakwaan hutang pinjaman yang melibatkan anak pengadu yang sudah meninggal dunia.

“​Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Mangsa tidak mengetahui sama ada mendiang anaknya pernah membuat pinjaman daripada mana-mana pemberi pinjam wang tidak berlesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi pegawai penyiasat, Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-870 1889 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here