ATM siasat hantaran tular didakwa jejas imej pasukan

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) membuka siasatan berhubung hantaran tular di media sosial yang didakwa dimuat naik oleh seorang anggotanya kerana dipercayai mengandungi kandungan berunsur mengaibkan sehingga mencetuskan kecaman orang ramai.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran yang tular itu.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan kandungan serta sama ada individu yang dikaitkan dengan hantaran berkenaan benar-benar merupakan anggota ATM.

“Kita akan siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di aplikasi Threads beberapa hantaran yang didakwa dimuat naik oleh seorang individu berpakaian seragam Tentera Darat.

Hantaran itu memaparkan beberapa video berserta kapsyen yang disifatkan berunsur mengaibkan sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan kandungan tersebut boleh menjejaskan imej dan reputasi ATM sebagai sebuah institusi pertahanan negara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img