Bumbung SMK Juasseh runtuh, tiada mangsa cedera

BUMBUNG bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh di Kuala Pilah runtuh dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 tengah hari.

“Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah serta pasukan Hazmat dari Seremban 2 bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku runtuhan bumbung pada bangunan sekolah di tingkat tiga yang menempatkan makmal sekolah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati runtuhan berkenaan tidak melibatkan mangsa.

Katanya, pemantauan turut dilakukan susulan laporan terdapat bahan kimia di dalam bangunan terbabit.

Bagaimanapun, bahan kimia berkenaan masih belum dikenal pasti dan pengosongan bangunan diarahkan bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Setakat ini operasi masih dijalankan namun terkawal,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here