Cubaan selamatkan bot hanyut gagal, mayat lelaki ditemukan terapung

MAYAT lelaki yang hilang ketika cuba menyelamatkan bot miliknya daripada hanyut di Sungai Perak berhampiran Batu 18, Kampung Kuchai, Bota Kiri, Ipoh, semalam, ditemukan terapung petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Ahmad Zaki Elias, 38, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Ketua operasi membuat pencarian awal menggunakan teknik pencarian di permukaan air (surface searching) bersama Unit Anjing Pengesan (K9) dalam radius enam kilometer sepanjang sungai.

“Pasukan kami kemudiannya melakukan usaha pencarian di kiri dan kanan tebing sungai sebelum menyelam di lokasi disyaki mangsa berada.

“Pada jam 2 petang, mayat mangsa dijumpai terapung oleh anggota PPDA,” katanya.

Mangsa dilaporkan ke lokasi kejadian bersama anak saudaranya, Mohd Haris Zarid Mohd Zulkefli, 13, bagi menyelamatkan botnya yang hanyut di sungai berkenaan.

Menurut Mohd Haris, mangsa terjun ke sungai namun gagal mencapai botnya sebelum hilang dibawa arus.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here