Dewan SMK Putrajaya Presint 14(1) terbakar

BAHAGIAN belakang pentas dewan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya di Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian kira-kira jam 6 petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14(1), Penolong Penguasa Bomba Dianty Hussain berkata, kebakaran melibatkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan dengan anggaran keluasan kebakaran kira-kira 12×50 kaki persegi.

BAHAGIAN belakang pentas dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1) terbakar dalam kejadian jam 6 petang ini. GAMBAR: JBPM Putrajaya

“Pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan jam 6.10 petang sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya jam 6.30 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Menurut beliau, kebakaran berkenaan tidak melibat sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa kerana sesi persekolahan ketika itu sudah tamat.

“Sebaik sahaja pasukan bomba tiba, terdapat ibu bapa dan guru membantu mengawal keadaan bagi memastikan murid tidak mendekati kawasan,” katanya.

Menurutnya, seramai 12 anggota terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan dua aliran hos reel dan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran.

Sementara itu video rakaman pasukan bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di dewan berkenaan turut mendapat perhatian para pelajar sekolah tersebut.

Rata-rata pelajar dilihat memberikan sorakan dan sokongan kepada anggota bomba dan penyelamat yang ketika itu bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img