DNA lima mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok

ANALISIS sampel asid deoksiribonukleik (DNA) lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa lalu dijangka selesai selewat-lewatnya esok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, jenazah mangsa hanya akan diserahkan kepada waris masing-masing selepas proses analisis DNA selesai.

“Kita jangka analisis DNA lima mangsa mungkin dapat disiapkan selewat-lewatnya esok,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor TV3.

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap semua lima mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital selesai, dengan punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk.

Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33; pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here