FGV perkukuh tadbir urus menerusi audit forensik

FGV Holdings Bhd (FGV) memperkukuh aspek tadbir urus dan ketelusan kumpulan menerusi pelaksanaan audit forensik terhadap beberapa entiti di bawah kumpulan berkenaan.

Felda dalam kenyataannya berkata, FGV telah melantik firma audit bebas untuk menjalankan audit forensik berkaitan perkara khusus membabitkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan, selain proses pelantikan bagi beberapa anak syarikat lain turut sedang dijalankan.

Menurut Felda, langkah berkenaan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju Felda 2030 bagi meningkatkan tahap tadbir urus Kumpulan Felda.

Felda berkata, pihaknya akan terus menilai keperluan melantik firma audit bebas bagi menjalankan pengauditan forensik secara menyeluruh terhadap Felda dan organisasi di bawah kumpulan berkenaan.

“Inisiatif pengauditan forensik terhadap Felda mula dilaksanakan sejak 2019 dengan melantik Tetuan Ernst & Young (EY), dengan dapatan laporan audit berkenaan dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih Felda pada 2020,” katanya.

Menurut Felda, pelaksanaan audit terkini mencerminkan komitmen berterusan kumpulan dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan serta pematuhan dalam semua peringkat operasi.

“Felda kekal tegas dengan pendiriannya untuk memastikan kepentingan organisasi serta kesejahteraan peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here