Ibu bapa, pengguna benteng utama elak anak-anak terdedah kandungan negatif

USAHA  mewujudkan ekosistem digital yang selamat tidak boleh semata-mata bergantung kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya memerlukan pengllibatan aktif pengguna dan ibu bapa.

Sehubungan itu Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ibu  bapa perlu memanfaatkan sepenuhnya fungsi kawalan ibu bapa yang tersedia pada pelbagai aplikasi digital untuk memantau serta mengehadkan penggunaan Internet oleh anak-anak di rumah.

Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, walaupun kerajaan boleh menetapkan had umur serta garis panduan keselamatan, ibu bapa dan pengguna tetap berperanan penting sebagai benteng utama dalam memastikan anak-anak tidak terdedah kepada kandungan negatif dan ancaman dalam talian.

“Ini penting kerana untuk melengkapkan aspek keselamatan digital, dengan kita mengharapkan hanya MCMC, polis dan pihak berwajib, itu belum memadai. Kerajaan, pihak berwajib boleh menentukan had tertentu tapi akhirnya pengguna yang menggunakan Internet itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan siber yang semakin licik, termasuk yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penapis wajah atau filter untuk memperdaya mangsa.

“Macam-macam aplikasi dan cara orang guna untuk menyakinkan yang kita bercakap dengan orang yang tampan, lawa. Dia nak kita jatuh hati dengan dia. Dia nak kita bagi dia duit dan akhirnya kita kehilangan macam-macam perkara,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here