Insiden lelaki maut terkena renjatan elektrik tidak melibatkan aset TNB

TENAGA Nasional Berhad (TNB) mengesahkan pepasangan elektrik yang terbabit dalam insiden seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kapar, Klang pagi tadi, bukan milik syarikat utiliti itu.

TNB dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah Link Box 33kV milik pihak ketiga iaitu Worldwide Envirogreen Sdn Bhd di Jalan Abas, Kapar.

Menurut TNB, maklumat mengenai kejadian diterima kira-kira jam 10 pagi sebelum pasukan teknikal digerakkan ke lokasi.

“Kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme dan TNB akan memberikan sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut,” kata TNB dalam kenyataan itu.

Media hari ini melaporkan, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika mencuri kabel di kawasan berkenaan.

TNB turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana tindakan itu boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here