Inspektor, anggota polis wanita didenda kerana khalwat

SEORANG inspektor polis dan anggota polis wanita yang masih berstatus isteri orang masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat, Mei lalu.

Mohd Shukri Hamzah, 40, dan Intan Suriani Abdul Kadir, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa berkurung dalam sebuah bilik sewa di sebuah rumah di Taman Mas Merah, Batu Berendam, dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka bersama individu yang bukan pasangan atau mahram sah di sisi hukum syarak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.57 malam, 14 Mei lalu, lapor BH.

Mohd Shukri yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah didakwa mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Sementara itu, Intan Suriani yang bertugas di IPD berlainan didakwa mengikut Seksyen 53(2) enakmen sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap Mohd Shukri atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Intan Suriani pula didenda RM2,000 atau penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, dibantu Radzwan Abdullah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here