Langkah bantu golongan tersisih pekerjaan diumum minggu depan

KERAJAAN dijangka mengumumkan langkah tambahan bagi membantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan susulan krisis bekalan global, minggu depan.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata perkara itu ada disentuh dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

“Ya, kemungkinan pada minggu depan (akan diumum). Ada disentuh sedikit pada mesyuarat hari ini, namun lebih kepada beberapa angka berkaitan usaha mengesan jumlah golongan yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet dan Taklimat Krisis Tenaga Global di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan.

Sebelum ini, Perdana Menteri dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan, termasuk siswazah dan lulusan diploma.

Langkah itu bertujuan memastikan kemahiran dimiliki golongan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta tidak disia-siakan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img