Lelaki di bawah pengaruh syabu rempuh pintu kaca Unit Kecemasan HSNZ

SEORANG lelaki di bawah pengaruh dadah cedera ringan selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu kaca Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi.

Beliau berkata, mangsa berusia 28 tahun difahamkan menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari arah Jalan Sultan Mahmud menuju ke kawasan zon kecemasan hospital berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati penunggang terbabit dipercayai hilang kawalan ketika memasuki kawasan Zon Hijau HSNZ sebelum merempuh pintu kaca di hospital berkenaan.

Katanya, akibat kejadian itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua tangannya dan kemudian dirawat di unit kecemasan hospital itu.

“Siasatan lanjut turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Ketika ini, penunggang terbabit masih menerima rawatan susulan di wad hospital berikutan kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian turut menyebabkan kerosakan pada pintu kaca kecemasan hospital, manakala tahap kerosakan motosikal masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img