Lelaki maut kereta Kancil bertembung babi hutan, langgar lori

SEORANG lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai bertembung dengan seekor babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori 10 tayar di Stesen Minyak Five Kalumpang, Kuala Kubu Baharu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.16 pagi itu, mangsa ditemukan tersepit di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada jam 7.32 pagi, anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan Perodua Kancil dengan seorang lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan berjaya melaksanakan operasi menyelamat dalam tempoh lima minit selepas tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here