Pas persoal tindakan RTM rehatkan Azlan Johar sebagai pengulas sukan

PAS  hari ini meminta kerajaan menjelaskan dakwaan bekas pemain bolasepak kebangsaan Azlan Johar direhatkan sebagai Pengulas Sukan di RTM yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan ke dalam parti itu Sabtu lalu.

‘’Pas berharap semua pihak yang berkaitan, termasuk Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, agar menghormati dan tidak merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, Pas merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat khususnya peminat-peminat sukan tanah air.

‘’Azlan Johar bukan hanya merupakan bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan kebangsaan sekitar tahun 1980-an, malah beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda,’’ katanya.

Takiyuddin berkata, sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak kerajaan agar memastikan perkara seperti ini tidak berlaku dan berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img