Polis buru tiga individu terlibat curi genset

POLIS sedang memburu tiga lelaki dipercayai mencuri dua unit set janakuasa (genset) di sebuah rumah di Jalan Bukit Kuda, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada lelaki tempatan pada jam 12.43 tengah hari dan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mendapati kejadian berlaku pada jam 3.40 pagi.

“Rakaman CCTV menunjukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang tidak dapat dikenal pasti memasuki kawasan rumah pengadu.

“Tiga lelaki dipercayai dipercayai warga tempatan kemudian keluar dari kenderaan sebelum mengambil dua unit genset yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan usaha mengesan serta menahan semua suspek sedang giat dijalankan.

Ramsay meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya segera menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Zabirin di talian 016-503 3572 bagi membantu siasatan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img