Polis cari pemandu Perodua Kembara langgar 2 kenderaan

POLIS sedang mengesan pemandu Perodua Kembara yang dikesan memandu secara berbahaya sebelum merempuh dua kenderaan lain dan melarikan diri di Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur pada 20 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya mengesan video kejadian yang tular dalam media sosial pada jam 7.45 malam tadi sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.10 petang apabila Perodua Kembara yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 59 tahun itu dalam perjalanan dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Selepas kemalangan itu, pemandu terbabit melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.

“Polis masih mengesan pemandu terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Kumaran Murugaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img