Rempuh pembahagi jalan, pemandu maut tersepit

SEORANG lelaki maut selepas kereta Proton Gen2 dinaikinya bersama seorang lagi individu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan di Slim River tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.08 tengah malam itu, mangsa berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KEADAAN kereta Proton Gen2 yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan di Slim River tengah malam tadi. GAMBAR: JBPM Perak

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah Proton Gen2 sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa di dalam kenderaan berkenaan dengan seorang daripadanya iaitu pemandu, tersepit di dalam kereta.

“Anggota bomba membuat penilaian awal sebelum menggunakan konsep SAVER bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan pengusung.

“Mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, seorang lagi mangsa iaitu penumpang berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal daripada anggota penyelamat di lokasi.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.08 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here