Skuad Agrikomoditi KPK pacu pembangunan  luar bandar, tingkat pendapatan pekebun kecil

KEMENTERIAN Perladangan dan Komoditi (KPK) hari ini meluncurkan Skuad Agrikomoditi sebagai tanda komitmen kerajaan memperkasa sektor agrikomoditi sebagai pemacu utama pembangunan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr.Noraini Ahmad berkata, sektor agrikomoditi merupakan penyumbang penting kepada eksport dan pertumbuhan ekonomi negara, di samping memacu pembangunan luar bandar,peningkatan pendapatan pekebun kecil serta kesejahteraan komuniti.

‘’Ia meliputi enam komoditi utama iaitu sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf, biojisim dan biobahan api, sektor ini merangkumi rantaian nilai luas termasuk inovasi, produk bernilai tambah dan pembangunan ekonomi hijau,’’ katanya.

Beliau berdemikian pada kenyataan sempena Peluncuran skuad itu yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Ibupejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kajang.

Noraini berkata, seiring perkembangan teknologi, sektor ini kini beralih daripada persepsi 3D (dangerous, dirty and difficult) kepada pendekatan 3S iaitu Skills, Sustainable dan Safety.

‘’ Perubahan ini mencerminkan realiti sektor yang semakin moden, berkemahiran tinggi, berteraskan kelestarian serta menitikberatkan keselamatan dan profesionalisme,’’ katanya.

Sehubungan itu tegas beliau, penglibatan golongan belia dan pelajar amat penting bagi menjamin kelangsungan sektor ini.

‘’Mereka bukan sahaja bakal menjadi tenaga kerja berkemahiran, malah agen perubahan yang membawa inovasi dan teknologi. Melalui pendedahan, latihan dan pengalaman, generasi muda berpotensi mengangkat sektor agrikomoditi ke tahap lebih tinggi dan berdaya saing global,’’ katanya yang mencetuskan idea penubuhan skuad itu.

Beliau berkata,  Program Skuad Agrikomoditi yang julung kali diperkenalkan ini adalah sebagai inisiatif strategik memperkukuh advokasi sektor.

‘’Skuad ini berfungsi sebagai platform kesukarelawanan dan penyampaian maklumat kepada masyarakat melalui pendekatan rakan sebaya, pemerkasaan ilmu serta penglibatan aktif dalam aktiviti komuniti,’’ katanya.

Noraini  menyeru golongan belia, pelajar institusi pengajian tinggi serta masyarakat umum untuk menyertai skuad ini sebagai sebahagian daripada gerakan nasional.

‘’Inisiatif ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan negara, malah membuka peluang membina kemahiran, jaringan industri dan pengalaman berharga ke arah menjadikan sektor agrikomoditi lebih moden, lestari dan inklusif,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img