Tengku Putri Arafiah, adinda Sultan Selangor mangkat

ADINDA kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, Shah Alam pagi ini.

Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat kira-kira jam 10.15 pagi kerana sakit tua.

“Jenazah Almarhum Tengku Putri Arafiah dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk disolatkan selepas solat Jumaat.

“Majlis pemakaman dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini,” menurut sumber itu, lapor Harian Metro.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat bagi menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

Turut dijangka berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Almarhum Tengku Putri Arafiah merupakan penaung Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS) yang ditubuhkan bagi menyediakan tempat yang selesa kepada anak-anak supaya ibu bapa dapat menjalankan tugas dengan lebih tenang serta menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai mengikut kumpulan umur kanak-kanak.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img