Wanita warga China maut terjatuh dari balkoni aras 3 KLIA Terminal 2

SEORANG wanita warga China maut dipercayai terjatuh dari luar balkoni aras 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di Sepang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, wanita berusia 27 tahun itu pada awalnya dilihat duduk di kawasan luar balkoni dalam keadaan menangis dan menjerit secara agresif.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, petugas dan pengawal keselamatan cuba menenangkan wanita berkenaan, namun usaha tersebut tidak berjaya.

“Seorang anggota keselamatan KLIA kemudian cuba mendekatinya untuk memberikan bantuan.

“Bagaimanapun, wanita itu bertindak di luar kawalan sebelum terjatuh ke kawasan Loading Bay KLIA2,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Ravi, pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian memberi rawatan kecemasan dan wanita berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun katanya, kira-kira jam 5 petang, pihak Hospital Putrajaya mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

“Semakan mendapati wanita itu merupakan warganegara China berusia 27 tahun dan dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asal pada 2 Mei (hari ini).

“Siasatan dijalankan mengikut prosedur kes kematian mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat memaparkan seorang wanita yang berada di tempat tinggi di kawasan KLIA Terminal 2 telah terjatuh.

Sementara itu dalam kes berasingan, rakaman video seorang lelaki ditemukan tertiarap di kawasan rumput dipercayai jatuh di lapangan terbang sama malam tadi turut tular.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan keadaan dan status mangsa.

Ravi yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan masih dalam tindakan pihaknya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img