Wanita warga emas maut disambar buaya ketika cari siput

SEORANG wanita warga emas maut selepas disambar buaya ketika mencari siput bersama anaknya di anak sungai yang bersambung dengan Sungai Suai di Batu Niah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Sambai Anggah, 78, disambar reptilia berkenaan ketika berada dalam perahu manakala anaknya ketika itu berada di dalam sungai kira-kira satu meter dari lokasi kejadian.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Niah, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azlan Azaman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.26 pagi sebelum sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat diterima, mangsa bersama anaknya sedang mencari siput di sekitar sungai sebelum secara tiba-tiba disambar seekor buaya,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata, anak mangsa yang berada kira-kira satu meter dari lokasi kejadian menyaksikan sendiri reptilia berkenaan menyambar ibunya yang ketika itu berada di dalam perahu.

“Buaya terbabit kemudian mengheret mangsa sejauh kira-kira 10 meter dari perahu sebelum melepaskannya selepas dikepung penduduk kampung.

“Mangsa kemudiannya ditemukan penduduk dalam keadaan terapung sebelum dibawa ke jeti.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian itu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here